


Cikgu Khairul
Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya Cikgu Khairul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda soalan ujian psikometrik mengikut format tahun ini.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah untuk dijawab. Anda tahu tak kenapa ujian ini mudah? Sebabnya anda tak perlu hafal formula matematik, tak perlu ingat fakta, tak perlu tahu isu semasa, tak perlu tahu grammar.
Semuanya soalan berkaitan dengan perwatakan diri anda sendiri. Soalan hanya bertanyakan adakah anda seorang yang teliti, adakah anda seorang yang penyabar, dan soalan-soalan bersifat keperibadian yang lain.
Soalan psikometrik ini berbentuk objektif dan biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga dijalankan.
Jika calon dipanggil hadir exam seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.
Tak percaya?
Di bawah ini merupakan statistik exam psikometrik yang pernah dijalankan sebelum ini.


Yang hadir exam memang ramai, yang gagal exam pun ramai jugak. Persoalannya sekarang, adakah anda salah seorang calon yang gagal ataupun calon yang lulus?
Jadi, apa yang dinilai sebenarnya dalam ujian psikometrik ini sehinggakan ramai calon gagal melepasi ujian ini? Jom saya tunjukkan kepada anda beberapa soalan exam lepas dan apa yang dinilai.
1. Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
A. Ya
B. Tidak
Apa yang dinilai?
π Mengenalpasti adakah calon mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri.
2. Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi mana saya tak melanggarnya.
A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju
Apa yang dinilai?
π Mengenalpasti adakah calon seorang yang berdisiplin ataupun tidak.
Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ia sedang mencungkil sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda.
Ada sesetengah calon suka ambil mudah, "Apa susah, bagi jer jawapan positif semua".
Tapi anda perlu ingat satu perkara. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi. Ada soalan direka untuk mengelirukan anda. Apa yang anda fikir sikap positif, itulah sikap negatif yang sebenar.
Sehebat mana pun anda sembunyikan sikap negatif dalam diri, pastinya akan 'terkantoi' jugak.

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Ujian psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik ialah:
Sebagai seorang penjawat awam, antara perwatakan yang perlu ada dalam diri anda ialah kestabilan emosi. Majikan mana yang suka pekerjanya mempunyai emosi yang tak stabil kan? Setuju tak?
Atas sebab itulah kenapa seorang penjawat awam perlu mempunyai kestabilan emosi bagi mengelakkan kesilapan ketika mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Jadi, pihak SPA lebih menekankan calon yang stabil emosinya dalam menjawat jawatan ini. Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1. Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
A. Ya
B. Tidak
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sama ada anda mempunyai sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan 'YA', itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.

Sila join telegram ini bagi mendapatkan lagi banyak info tentang ujian psikometrik sepanjang bulan ini. Antaranya perkara yang saya kongsikan ialah..
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
"Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik." - calon.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
"Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?"
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda menjawab 'Tidak Setuju', ini menunjukkan anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu. Satu ciri yang penting dalam bidang kerja yang memerlukan ketenangan dan kawalan diri.
Ujian psikometrik bukan sekadar memilih jawapan yang nampak positif. Setiap pilihan jawapan, walaupun kelihatan biasa, ia sedang membentuk gambaran sebenar tentang karakter anda.
Tapi⦠anda tahu tak karakter apa yang sedang terbentuk dari jawapan itu?
Saya ada sediakan simulasi ujian psikometrik. Anda jawab, dan lihat sendiri karakter yang terbentuk daripada pilihan anda.

Klik butang di bawah sekarang dan mulakan simulasi anda. Jangan tunggu saat akhir!
Β© Exam Psikometrik