Perkara yang cuba dinilai untuk jawatan Pembantu Akauntan Gred W19 sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan pembantu akauntan.
Antara skop tugas seorang pembantu akauntan ialah membantu dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus Jabatan serta penyediaan Penyata Penyesuaian Bank. Daripada skop tugas ini, perwatakan yang mungkin diperlukan seorang yang boleh menganalisis data dan seorang yang teliti.
Sikap teliti ini bermaksud seseorang itu perlu mempunyai kemampuan untuk memeriksa dan menyemak butiran kewangan dengan teliti, supaya tidak terlepas sebarang butiran atau kesalahan.
Analisis data pula bermaksud seseorang perlu mempunyai kebolehan menganalisis data kewangan dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Ini termasuk kemampuan untuk membaca penyata akaun, mengenalpasti trend, dan membuat ramalan.
Daripada skop tugas ini, menjadi keperluan seseorang calon itu perlu mempunyai kebolehan menganalisis data dan juga tahap ketelitian yang tinggi dalam diri mereka. Sekiranya sikap-sikap ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menyebabkan seseorang itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik SPA ini.
“Jadi ujian ni nak uji sikap teliti dan kebolehan menganalisis data je ke?”
Terdapat banyak lagi sifat yang diuji oleh SPA melalui ujian psikometrik. Skop tugas yang saya sebutkan sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugas Pembantu Akauntan Gred W19. Beberapa skop tugas lain termasuk: